Berkenan adakan majlis santap malam

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini berkenan mengadakan Majlis Santap Malam di Qashr Al-Meezaan bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meraikan Rombongan Perutusan Khas Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Johor Darul Ta’zim, yang diketuai oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor.

Antara kerabat diraja yang berangkat ke Majlis Santap Malam tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Temenggong Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Tunku Panglima Johor.

Turut berangkat dan hadir di Majlis Santap Malam berkenaan daripada kedua belah pihak ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahim bin Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani; Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Latiff bin Yusof dan Mufti Johor, Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYAM Tunku Ismail, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj semasa berangkat ke Majlis Santap Malam di Qashr Al-Meezaan.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYAM Tunku Ismail, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj berkenan bergambar ramai di majlis tersebut.