Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Berkenan beramah mesra dengan ahli Kor Diplomatik

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Kor Diplomatik bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-76 di Dewan Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja dijunjung oleh Dekan Kor Diplomatik yang juga Duta Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari.

    Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja kemudian dijunjung berangkat ke Dewan Royal Berkshire bagi majlis bergambar ramai bersama ahli-ahli Kor Diplomatik yang diikuti dengan sembah alu-aluan daripada TYT Sheikh Ahmed yang mewakili ahli-
    ahli Kor Diplomatik menyembahkan tanda penghargaan kehadapan majlis Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang berkenan berangkat ke majlis tersebut.

    Beliau menyembahkan bahawa Kor Diplomatik menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah kepada kerajaan Baginda Sultan atas kejayaan membendung penularan pandemik COVID-19 serta berjaya bergerak ke Fasa Endemik.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menyaksikan pesambah berupa pintu kayu yang disembahkan oleh Dekan Kor Diplomatik, TYT Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli Kor Diplomatik pada majlis berkenaan.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan beramah mesra bersama ahli-ahli Kor Diplomatik. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan beramah mesra bersama ahli-ahli Kor Diplomatik.

    Mereka juga amat menyembahkan junjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan dan kerajaan Baginda yang telah menghulurkan bantuan kepada komuniti diplomatik dari segi kuarantin dan vaksinasi.

    Kor Diplomatik juga amat menghargai sesi-sesi dialog bersama pihak berkuasa kesihatan di Brunei berhubung perkara-perkara berkaitan COVID-19.

    Pada masa yang sama, beliau turut menyembahkan penghargaan atas pelbagai insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan Baginda sejak jangkitan COVID-19 mula dikesan di Brunei pada Mac 2020 untuk menyokong serta melindung pekerja-pekerja asing di Brunei serta membantu meringankan bebanan mereka dalam keadaan yang mencabar itu.

    Majlis diteruskan dengan menyembahkan pesambah berupa bingkai pintu kayu berukir yang dikenali sebagai Gebyok di mana ia merupakan bingkai pintu kayu buatan tangan dari Jawa Tengah, Indonesia yang diperbuat daripada kayu jati serta dipenuhi hiasan berukir kehadapan majlis Baginda Sultan.

    Seterusnya Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja dijunjung untuk beramah mesra dengan ahli-ahli Kor Diplomatik.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...