Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat balik

    Gambar oleh Infofoto

    LONDON, UNITED KINGDOM, 7 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin berangkat bertolak meninggalkan London, United Kingdom (UK).

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Berada di Lapangan Terbang Stansted, London bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah para pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, UK.

    Semasa di London, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III, King of the UK of Great Britain and Northern Ireland, dan Her Majesty Queen Camilla.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menadahkan tangan semasa doa dibacakan sebelum keberangkatan meninggalkan London, United Kingdom selepas menghadiri Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III, King of the UK of Great Britain and Northern Ireland dan Her Majesty Queen Camilla.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat meninggalkan UK.
    Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...