Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat balik

    Gambar oleh Infofoto

    WASHINGTON D.C., AMERIKA SYA-RIKAT, 15 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam kelmarin, berangkat balik meninggalkan Amerika Syarikat (AS) setelah menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berada di Lapangan Terbang Joint Base Andrews bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke AS, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menadahkan tangan bagi bacaan Doa Selamat sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan beramah mesra sebelum berangkat balik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...