Tuesday, April 23, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Ekspo 2020 Dubai

    DUBAI, 29 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat melawat ke Pavilion Negara Brunei Darussalam (NBD) di Opportunity District dan Pavilion Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ekspo 2020 Dubai.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dijunjung berangkat masuk ke Pavilion Brunei oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah. Baginda seterusnya disembahkan dengan Pesambah Kenangan berupa sebuah lukisan kaligrafi hasil daripada pelukis tempatan yang telah dipamerkan di Pavilion NBD.

    Baginda seterusnya dijunjung bagi menyaksikan pameran-pameran yang terdapat di dalam Pavilion NBD. Dengan bertemakan ‘Brunei Darussalam 2035Bridging to the Future’, Pavilion NBD dibahagikan kepada tiga zon.

    Zon pertama memaparkan mengenai warisan dan tradisi Negara Brunei Darussalam melalui tayangan video yang mengisahkan mengenai adat resam dan tradisi kehidupan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Ia juga mengandungi pameran kaligrafi daripada Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung bagi menandatangani lembaran kenangan di Pavilion Negara Brunei Darussalam. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung menyaksikan pameran di Pavilion UAE.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat ke Pavilion UAE, Ekspo 2020 Dubai. Turut mengiringi keberangkatan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat melawat ke Pavilion Negara Brunei Darussalam. Turut mengiringi keberangkatan ialah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan beramah mesra dengan salah seorang pengusaha yang menyertai ekspo tersebut.

    Zon kedua memaparkan ruangan Bridge to the Future yang menunjukkan perkembangan dan kemajuan Negara Brunei Darussalam dari awal abad ke-15 sehingga ke hari ini dan seterusnya aspirasi negara menuju Wawasan Brunei 2035 melalui tayangan video ‘past, present, future’.

    Zon ketiga pula adalah ruang pameran utama yang mengandungi keterangan dan maklumat Wawasan Brunei 2035. Di dalam zon ini juga, maklumat mengenai lima kluster keutamaan bagi Negara Brunei Darussalam selaras dengan Economic Blueprint juga telah dipamerkan. Zon ini seterusnya mempamerkan kekayaan sumber biodiversiti yang dimiliki oleh Negara Brunei Darussalam dan sekali menjadi daya tarikan bagi sektor pelancongan.

    Pavilion NBD mengetengahkan Wawasan Brunei 2035, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan juga mempamerkan barangan daripada 22 pengusaha tempatan mikro, kecil dan sederhana. Penyertaan Negara Brunei Darussalam ke Ekspo Dubai juga memberi peluang bagi produk-produk tersebut menembusi pasaran baharu khususnya pasaran UAE. Semasa di pavilion ini, Baginda Sultan mendengarkan sembah penerangan daripada Pengurus Pavilion, Dayang Fadzilah binti Abdul Rahman.

    Terdahulu Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan lawatan ke Pavilion UAE, di mana Baginda berkenan mende-ngarkan sembah taklimat daripada pengurus pavilion dan seterusnya melawat koleksi pameran di pavilion berkenaan.

    Pavilion negara tuan rumah di Expo 2020 Dubai yang membawa tema ‘Land of Dreamers Who Do’ ini, antara lainnya mengetengahkan kisah warga pelaku perubahan yang menjiwai semangat UAE dan meneruskan legasi yang ditempa oleh pemimpin asal dan pengasas UAE, His Highness Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiga maut, puluhan ribu dipindah akibat hujan lebat

    BEIJING, 22 APRIL - Tiga orang maut dan 11 lagi hilang susulan ribut yang melanda selatan China, menurut media kerajaan hari ini, dengan puluhan...