Berkenan berangkat ke Majlis Bersanding

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Rahwani Zahari

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Bersanding bagi Majlis Perkahwinan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hafiyyah binti Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohammad Yusof dengan Awangku Muhammad Aizat bin Pengiran Haji Yasmin.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ke kediaman pengantin di Ma’wassalihin, Kampung Madewa dijunjung oleh bonda pengantin perempuan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.
Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Pada majlis itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada kedua-dua mempelai.

Juga menerima junjung ziarah  daripada mempelai ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Bersanding bagi Majlis Perkahwinan YAM Pengiran Anak Hafiyyah dengan Awangku Muhammad Aizat.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja ketika berkenan berangkat ke majlis persandingan anakanda YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain.
Berangkat sama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja. – Gambar Infofoto
Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan kerabat diraja. – Gambar Infofoto
YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah dan YAM Pengiran Anak Naafi’ah Khairul Bulqiah berserta kerabat diraja.
Majlis Perkahwinan YAM Pengiran Anak Hafiyyah dengan Awangku Muhammad Aizat.