Berkenan berangkat ke majlis doa kesyukuran

Oleh Yusrin Junaidi & Daniel Lim
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan berangkat ke Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 tahun 2021 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja ke maj-lis tersebut dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut menjunjung ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-37; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Semasa majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang sunat Hajat yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang seterusnya memimpin bacaan Surah Yasin beramai-ramai.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 tahun 2021 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, kelmarin. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berserta kerabat diraja berkenan berangkat ke Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan berkenan menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim. Berangkat sama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Yang Berhormat Haji Abdul Hamid hadir bersama tetamu lain pada majlis yang diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait. – Gambar oleh Daniel Lim
Antara yang hadir pada majlis yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.
Sejurus azan fardu Isyak dikumandangkan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh dan sembahyang fardu Isyak berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Majlis seumpamanya juga turut diadakan serentak di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan beberapa buah masjid sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah.

Di Daerah Brunei dan Muara, majlis diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong; Masjid Hassanal Bokiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Amerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

Sementara di Daerah Tutong, majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Manakala di Daerah Belait pula, majlis diadakan di Masijd Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

Majlis yang diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam dihadiri oleh Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin selaku tetamu kehormat.

Juga hadir ialah Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, penghulu, ketua kampung dan ketua jabatan kerajaan di Daerah Belait.

Majlis bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Awang Akup bin Haji Lamat. Acara seterusnya disusuli sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yasin.

Kemudian Doa Kesyukuran dibacakan oleh Ketua Pegawai Agama di Daerah Belait, Awang Aliyani bin Ismail dan berakhir dengan sembahyang Isyak berjemaah.