Berkenan berangkat ke Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Mengadap dan Junjung Hari Raya Aidilfitri bagi Orang-orang Kenamaan serta Diplomat dan VVIP di Istana Nurul Iman.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, cucunda-cucunda Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain.

Di majlis berkenaan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta duta-duta besar dan ketua perwakilan asing di negara ini.

Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri bersama Orang-orang Kenamaan serta Diplomat dan VVIP di Istana Nurul Iman di bulan Syawal adalah bagi meraikan Hari Raya, di samping beramah mesra bersama tetamu kenamaan yang hadir.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi Orang-orang Kenamaan serta Diplomat dan VVIP di Istana Nurul Iman. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah. – Gambar oleh Infofoto
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat tiba ke Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman. Turut berkenan berangkat sama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Santap di Istana Nurul Iman.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut berkenan berangkat menghadiri majlis santap di Istana Nurul Iman.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati turut berkenan berangkat menghadiri majlis tersebut.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan berangkat ke majlis tersebut.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke majlis itu.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; YAM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; YAM Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah dan YAM Pengiran Anak Fathiyyah Rafaahul Bolqiah.
YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min dan YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah semasa hadir pada majlis tersebut.
YAM Pengiran Muda Omar Ali, YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah, YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah, YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah dan YAM Pengiran Anak Naafi’ah Khairul Bulqiah ketika menghadiri majlis tersebut.

Antara kerabat diraja yang hadir pada majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri majlis tersebut di Istana Nurul Iman.