Berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-74 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi sambutan.

Majlis telah didahului dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Sementara itu, Doa Kesyukuran pula dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Selain tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, acara keagamaan itu turut diadakan di masjid-masjid seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan bagi Daerah Brunei dan Muara.

Manakala itu, di Daerah Belait, tumpuan majlis ialah di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan dan Masjid Pekan Seria. Di Daerah Tutong, tumpuan adalah di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan bagi Daerah Temburong di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan berangkat ke majlis kesyukuran di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-74 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, malam tadi. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ketika berkenan sama-sama mengerjakan solat berjemaah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Orang ramai sama-sama memanjatkan Doa Kesyukuran pada majlis yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.