Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran HK

    Oleh Yusrin Junaidi & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun 2022 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, malam ini.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-38; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; serta ahli-ahli jawatankuasa majlis tersebut.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Baginda Sultan kemudian berkenan menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Seterusnya Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim mengimamkan sembahyang Sunat Hajat, memimpin bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan membaca Doa Kesyukuran.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun 2022 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, malam tadi. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim. Berangkat sama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Anggota ABDB turut mengadakan Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 di Surau Al-Quwwah Perkhemahan, Bangar 1, Daerah Temburong. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    Suasana majlis Doa Kesyukuran yang juga diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait. – Gambar oleh Daniel Lim

    Azan Fardu Isyak kemudian dikumandangkan oleh Pegawai Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Begawan Mudim Haji Abdul Latif bin Haji Saman dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

    Majlis seumpamanya juga diadakan serentak di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan beberapa buah masjid sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah.
    Bagi Daerah Brunei dan Muara, masjid tumpuan adalah Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong; Masjid Hassanal Bokiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara; dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

    Sementara itu di Daerah Belait, majlis sama diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait yang dihadiri oleh tetamu kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohd Yassin bin Haji Ahmed.

    Juga hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku penghulu Mukim Liang; ketua kampung dan pegawai-pegawai kanan kerajaan di Daerah Belait.

    Majlis serupa juga berlangsung di Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria.

    Di Daerah Tutong pula tumpuan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan bagi Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

    Manakala itu, Kementerian Per-tahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut mengadakan majlis sama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Staf ABDB, Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman.

    Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau-surau garison dan perkhemahan ABDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...