
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja lsteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 tahun bagi Tahun 2018 yang diadakan hari ini, di Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman. (Klik di sini untuk cerita lanjut)