Berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 kali

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73 yang diadakan di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman, hari ini.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Keberangkatan Baginda berdua dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohammad Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd Taha selaku Penasihat-penasihat bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali; pengerusi-pengerusi bersama dan ahli-ahli jawatankuasa ter-tinggi berserta isteri masing-masing.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai daripada 1,708 orang peserta khatam Al-Quran lelaki dewasa, wanita dewasa, belia dan beliawanis, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah lelaki dan perempuan dan penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi pengajian tinggi seluruh negara yang diketuai oleh pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Zainal Mustafa bin Jaluddin.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73 di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali, di Istana Nurul Iman.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali, di Istana Nurul Iman.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali.
YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah ketika berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah ketika berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ketika berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali.
Antara peserta khatam lelaki yang menyertai majlis tersebut.
Awang Zainal Mustafa ketika mengetuai bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai.
Bacaan Takhtim daripada peserta wanita.

Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan takhtim dan tahlil oleh pegawai dan guru-guru agama Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Hal Ehwal Masjid. Manakala bacaan Doa Khatam juga dibacakan oleh Awang Zainal Mustafa.

Seterusnya Dikir Marhaban dipersembahkan oleh pegawai masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta pegawai dan guru agama perempuan dari Jabatan Pengajian Islam. Bagi memohon keberkatan, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta khatam Al-Quran.

Juga berkenan menerima junjung ziarah dari peserta-peserta khatam Al-Quran tersebut ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam tersebut adalah salah satu acara tahunan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dihasratkan menjadi amal ibadat yang berterusan.

Antara lain tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah SWT.

Selain itu, ia juga bertujuan bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah SWT atas limpah rahmat dan nikmatNya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia agar sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera, dan untuk mendukung hasrat Baginda Sultan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya yang celik Al-Quran.