Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke majlis konvokesyen

    BRISTOL, UNITED KINGDOM, 28 JULAI – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis penyampaian sijil dan konvokesyen anakanda, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah, yang berlangsung di Bristol Cathedral, College Green Park Street, Bristol.

    YAM Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah telah dianuge-rahkan dengan Ijazah Bachelor of Science with Honours Psychology dari University of the West of England, Bristol.

    Yang Amat Mulia adalah anakanda kedua YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan juga anakanda yang kedua menerima Ijazah Sarjana Muda.
    Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah adalah anakanda pertama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, yang telah menerima Ijazah Bachelor of Arts Media and Communications dari The School of Journalism, Media and Culture Studies, University of Cardiff pada tahun 2018.

    Turut berangkat pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim serta kerabat diraja lain.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis penyampaian sijil dan konvokesyen anakanda, YAM Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah yang berlangsung di Bristol Cathedral, College Green Park Street, Bristol. Turut berangkat ialah YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. – Gambar serahan JPM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...