Berkenan berangkat ke majlis puja usia

Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar oleh Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat ke majlis meraikan ulang tahun Hari Puja Usia yang dianjurkan oleh Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap,

Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu di Royal Berkshire, Jerudong Park and Country Club, Jerudong.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Keberangkatan Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja dijunjung oleh Pengerusi I Kumpulan, Yang Dimuliakan Seri Laila Pengiring Diraja Datin Seri Utama Hajah Rosnah binti Abdullah dan Pengerusi II Kumpulan, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad dan isteri menteri-menteri kabinet.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan Kesyukuran yang disempurnakan oleh Hajah Azizah binti  Haji Mohammad diikuti dengan sembah alu-aluan Datin  Paduka Hajah Jahrah selaku pengerusi majlis.

Dalam sembah alu-aluannya, beliau antara lain menyembahkan ucapan tahniah dan selamat puja usia kehadapan majlis Baginda Raja Isteri serta mendoakan semoga Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat, hidayah, inayah, dikurniakan usia yang berkat dengan kesihatan yang berterusan, iman yang kukuh dan sempurna, serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Baginda Raja Isteri seterusnya telah berkenan memotong kek Hari Puja Usia dan menerima pesambah daripada ahli-ahli kumpulan.

Majlis kemudian diikuti dengan santap petang sambil menyaksikan tayangan video ‘Ristaan Majlis Ulang Tahun Hari Puja Usia 2019’.

KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menyaksikan kek Hari Puja Usia dan pesambah-pesambah lain pada majlis meraikan ulang tahun Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri di Royal Berkshire, Jerudong Park and Country Club, Jerudong, kelmarin. Berangkat sama ke majlis itu ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – Gambar oleh Bahiyah Bakir
KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam ketika berkenan menghadiri majlis itu.
Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima pesambah. Turut berangkat, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.
Antara yang hadir pada majlis meraikan ulang tahun Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri di Royal Berkshire, Jerudong Park and Country Club, Jerudong.