Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke majlis resepsi, santap

    Gambar oleh Infofoto

    KIGALI, 24 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame yang berlangsung di Pusat Persidangan Kigali.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Ter-amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sejurus ketibaan di Pusat Persidangan Kigali, Baginda Sultan dialu-alukan oleh TYT Paul Kagame dan Wanita Pertama Republik Rwanda, Puan Yang Terutama Jeanette Kagame.

    Majlis santap diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan bagi meraikan para pemimpin Komanwel yang lain menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26 pada hari ini dan esok di Kigali.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara bersama Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara di Pusat Persidangan Kigali.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...