Monday, April 15, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke majlis sanding

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja lsteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, telah berkenan berangkat ke majlis bersanding Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Abdul Qayyum bin Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir dengan Dayang Batrisyia Rafhanah binti Rapawi.

    Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Baitul Athirah, Kampung Beribi telah dijunjung oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Abdul
    Hafiz.

    Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah serta kerabat diraja.

    Hadir sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri serta Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min.

    Pada majlis itu, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada kedua-dua mempelai.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja lsteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan dijunjung bergambar ramai bersama pasangan mempelai YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Abdul Qayyum bin Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir dengan Dayang Batrisyia Rafhanah binti Rapawi. – Gambar oleh Rafi Rosli
    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Baitul Athirah, Kampung Beribi dijunjung oleh YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah dan YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Abdul Hafiz. – GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja lsteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima junjung ziarah daripada pasangan mempelai. – GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah berserta kerabat diraja lain berkenan berangkat ke majlis sanding berkenaan. – GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar bersama anakanda-anakanda, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A’ishah Putri serta YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min. – GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar bersama pasangan mempelai. – GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    ATAS & BAWAH: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan memeluk pasangan mempelai. – GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    Pasangan mempelai YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Abdul Qayyum dan Dayang Batrisyia Rafhanah. – GAMBAR OLEH Rafi Rosli
    GAMBAR OLEH Rafi Rosli

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia siasat mengapa lelaki yang menikam 6 orang hingga mati...

    MELBOURNE, 15 APRIL - Polis Australia sedang meneliti mengapa penyerang tunggal yang menikam enam orang hingga mati di pusat membeli-belah Sydney yang sibuk dan...