Thursday, July 17, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-43 Tahun yang disembahkan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ke Mes Pegawai Bolkiah Garison dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan isteri serta Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan isteri.

    Semasa majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia diperkenalkan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB termasuk mereka yang memenangi pingat emas dalam Kejohanan Menembak Tentera Darat ASEAN (AARM) ke-26 di Republik Filipina pada tahun lepas; pegawai-pegawai ABDB yang kembali setelah menamatkan kursus-kursus di luar negara; penerima-penerima anugerah terbaik di Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan ke-15 dan penerima-penerima Anugerah Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB.

    Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung untuk memotong kek puja usia.
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung untuk memotong kek puja usia.
    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta kerabat diraja lain bergambar ramai bersama pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan pegawai-pegawai serta anggota lain-lain peringkat ABDB.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung menandatangani lembaran keberangkatan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung menandatangani lembaran keberangkatan.

    DYTM berkenan dijunjung disembah kenalkan kepada pegawai-pegawai dan  anggota lain-lain peringkat ABDB.
    DYTM berkenan dijunjung disembah kenalkan kepada pegawai-pegawai dan anggota lain-lain peringkat ABDB.
    DYTM berkenan dijunjung menerima pesambah Buku Sejambak Ristaan 10.
    DYTM berkenan dijunjung menerima pesambah Buku Sejambak Ristaan 10.

    DYTM berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan pegawai-pegawai serta anggota lain-lain peringkat ABDB.
    DYTM berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan pegawai-pegawai serta anggota lain-lain peringkat ABDB.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung berangkat ke ruangan santap petang.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung berangkat ke ruangan santap petang.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima pesambah sejambak bunga.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima pesambah sejambak bunga.
    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.
    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

    Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya menyaksikan tayangan klip video daripada Buku Sejambak Ristaan 10 yang mengandungi koleksi gambar-gambar keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke Kementerian Pertahanan dan ABDB sebelum dijunjung bagi menandatangani lembaran keberangkatan.

    Duli Yang Teramat Mulia juga disembahkan kek puja usia dan berkenan menerima pesambah buku album Sejambak Ristaan 10.

    Sebelum bertolak dari Mes Pegawai Bolkiah Garison, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pemerintah-pemerintah tentera, pengarah-pengarah, komandan-komandan dan pegawai-pegawai kanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda