Thursday, August 11, 2022
23.3 C
Brunei

Berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari

-

SINGAPURA, 3 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob dan suami, Mohammed bin Abdullah Alhabshee di Istana, Republik Singapura.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di East Drawing Room dialu-alukan oleh Puan Yang Terutama dan suami, kemudiannya berangkat bersama ke Presiden Lounge bagi Majlis Santap Tengah Hari.

Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia dan Puan Yang Terutama membincangkan kaedah untuk memanfaatkan Program Pemimpin-pemimpin Muda dalam memperkembangkan lagi peluang kerjasama dua hala yang sedia ada di antara kedua-dua buah negara serta bertukar-tukar pandangan meneroka peluang-peluang baharu bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Sebelum berangkat meninggalkan Istana, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia disembahkan ucapan selamat berangkat oleh Puan Yang Terutama dan suami.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar bersama PYT Halimah Yacob dan suami pada Majlis Santap Tengah Hari di Istana, Republik Singapura. – Gambar oleh Infofoto
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -