Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Republik Rwanda

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat tiba di Kigali, Republik Rwanda bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26 yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Jun.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Dr Vincent Biruta.

    Turut hadir menjunjung keberangkatan Baginda Sultan ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

    Semasa keberangkatan negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijangka akan menghadiri Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame; dan Majlis Santap Malam yang akan dihoskan oleh His Royal Highness Prince Charles, the Prince of Wales.

    Negara Brunei Darussalam menjadi ahli Komanwel ke-49 apabila mencapai kemerde-kaan pada 1 Januari 1984.

    Sejak itu, negara telah menyertai beberapa mesyuarat-mesyuarat CHOGM yang menyediakan landasan yang berguna untuk membincangkan isu-isu antarabangsa dan
    mempromosikan hubungan dua hala termasuk perkara-perkara dalam bidang pendidikan, kewangan, kesihatan, undang-undang, wanita dan belia.

    Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga mendapat faedah daripada bantuan dan latihan yang disediakan oleh Komanwel seperti dalam bidang perdagangan, industri dan pembangunan sumber manusia.

    Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali dialu-alukan oleh TYT Dr Vincent Biruta. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat tiba di tempat persemayaman sepanjang keberangkatan ke Kigali, Republik Rwanda.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...