Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Singapura

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pagi tadi berkenan berangkat ke Republik Singapura bagi mengadakan keberangkatan negara selama dua hari bermula esok.

    Berangkat mengiringi Baginda berdua ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; serta kerabat diraja.

    Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji
    Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul
    Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Berangkat sama dan hadir ialah pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja, timbalan-timbalan menteri; pesuruhjaya polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan pemangku pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, bersama isteri masing-masing.

    Sejurus keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Kebawah
    Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong, dan isteri, Wong; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Menteri Kedua Undang-undang, Tuan Yang Terutama Edwin Tong selaku menteri pengiring dan isteri, Au Huey Ling selaku lady-in-attendance; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Heng Aik Yeow dan isteri.

    Turut sama menjunjung keberangkatan tiba Baginda berdua ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan isteri; dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Sidek bin Ali dan isteri.

    Kali terakhir Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat ke Republik Singapura bagi keberangkatan negara ialah pada Julai 2017 bagi menyambut Ulang Tahun ke-50 Perjanjian Kebolehtukaran Mata Wang dan menghadiri perasmian Abode of Peace & the Lion City: A Brunei-Singapore Exhibition di Singapore Philatelic Museum.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat menaiki pesawat.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berangkat tiba di Republik Singapura bagi mengadakan keberangkatan negara dua hari bermula 24 Ogos.
    Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung oleh TYT Lawrence Wong.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima jambangan bunga sejurus keberangkatan tiba.
    Doa Selamat dibacakan sebelum Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berangkat dari Istana Nurul Iman.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat.
    YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berserta kerabat diraja turut mengiringi keberangkatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...