Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Yayasan Asia Pasifik Kanada

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan baru-baru ini berangkat tiba di Vancouver, Kanada dan seterusnya berangkat ke Yayasan Asia Pasifik Kanada, hari ini.

    Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia ke Yayasan Asia Pasifik Kanada dijunjung oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Asia Pasifik Kanada, Steward Beck.

    Ketika berada di yayasan berkenaan, Yang Teramat Mulia berkenan diberikan sembah taklimat mengenai peranan institusi tersebut sebagai sebuah institusi bukan kerajaan dalam menganalisis dan menggalakkan kemajuan ekonomi dan hubungan politik di antara Kanada dan Asia.

    Yang Teramat Mulia berkenan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Asia Pasifik Kanada.
    Yang Teramat Mulia berkenan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Asia Pasifik Kanada.
    Yang Teramat Mulia ketika berkenan beramah mesra dengan warga Yayasan Asia Pasifik Kanada.
    Yang Teramat Mulia ketika berkenan beramah mesra dengan warga Yayasan Asia Pasifik Kanada.

    Turut mengiringi Yang Teramat Mulia sepanjang lawatan tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    Lawatan berkenaan bertepatan dengan Ulang Tahun ke-150 Negara Kanada dan juga Ulang Tahun ke-40 Hubungan Dialog ASEAN-Kanada pada tahun ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda