Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat meninggalkan Kemboja

    PHNOM PENH, 14 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini, berangkat bertolak meninggalkan Phnom Penh, Kemboja selepas selesai mengadakan Keberangkatan Negara ke negara berkenaan.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Timbalan Perdana Menteri dan Minister of the Royal Palace, Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Chaufea Veang Kong Som Ol; Privy Councillor of His Majesty the King Norodom Sihamoni dan Senior Minister in charge of the General Affairs to the Royal Palace, Kemboja, TYT Kuy Sophal; dan Senior Minister in charge of Special Mission, Kemboja, TYT Okhna Datuk Dr Othsman Hassan selaku menteri pengiring.

    Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kemboja, TYT Pengiran Kasmirhan bin Pengiran Haji Tahir.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berangkat meninggalkan Phnom Penh, Kemboja. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...