Berkenan berangkat meninggalkan Rom

ROM, 1 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat meninggalkan Rom, Republik Itali selepas menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino, Rom bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Itali yang menetap di Paris, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menadah tangan semasa doa dibacakan sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman.- Gambar oleh Infofoto