Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat pulang

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat meninggalkan Republik Rakyat Bangladesh selepas mengadakan keberangkatan negara selama dua hari.

    Berangkat mengiringi Baginda Sultan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal (HSIA), Dhaka bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Luar Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Dr A K Abdul Momen. Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Da-russalam ke Republik Rakyat Bangladesh, TYT Haji Haris bin Haji Othman.

    Keberangkatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang pertama ke Bangladesh itu adalah atas jemputan Presiden Republik Rakyat Bangla-desh, TYT Mohammad Abdul Hamid dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina.

    Semasa keberangkatan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, serta Menteri Luar Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh.

    Tiga memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang buruh, perkapalan dan tenaga serta satu perjanjian dalam bidang perkhidmatan udara juga telah dimeterai. 

    Kedua-dua buah negara juga membincangkan peluang-peluang kerjasama baharu yang dapat diterokai.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat meninggalkan Republik Rakyat Bangladesh selepas mengadakan keberangkatan negara dua hari. Berangkat mengiringi Baginda Sultan ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Doa Selamat dibacakan sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat meninggalkan tempat persemayaman.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan bersalaman dengan TYT Dr A K Abdul Momen sebelum menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shah jalal. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...