Berkenan berangkat serikan majlis persandingan

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani dan Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja lsteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke majlis bersanding Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz dan Dayang Wan Haziqah Aqilah binti Haji Yussof di Baitun Naaim, hari ini.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak lsteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah serta kerabat diraja.

Majlis telah dimulakan sejurus selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia menitahkan dan memperkenankan supaya majlis bersanding dimulakan.

Pada majlis tersebut, YAM Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz berangkat masuk ke dalam majlis dituntun oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar dengan diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar.

Setelah YAM Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz sampai ke pelaminan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim menapakkan tangan YAM Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz ke kepala Dayang Wan Haziqah Aqilah. Selawat sebanyak tiga kali telah dilaungkan diikuti dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.

YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar kemudiannya menjunjung anugeraha untuk menjunjung kedua-dua mempelai pengantin berangkat dari majlis dan seterusnya menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja lsteri serta kerabat diraja. Seterusnya, kedua-dua mempelai pengantin berangkat dari majlis diiringi oleh YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar.

Majlis bersanding kemudiannya telah ditutup atas titah dan perkenan Baginda Sultan dan seterusnya berangkat meninggalkan majlis diikuti oleh para pembesar negara serta para jemputan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja lsteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan bergambar bersama pengantin, YAM Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz dan Dayang Wan Haziqah Aqilah binti Haji Yussof pada keberangkatan Baginda berdua ke majlis persandingan yang berlangsung di Baitun Naaim, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan menadahkan tangan semasa doa dibacakan.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan berangkat ke majlis persandingan tersebut.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja berangkat tiba pada majlis persandingan tersebut.
Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah ketika berkenan menerima junjung ziarah daripada kedua-dua mempelai, YAM Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz dan Dayang Wan Haziqah Aqilah. Berangkat sama ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.
DYTM Paduka Seri Pengiran PerdanAa Wazir, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara berangkat tiba di majlis persandingan tersebut.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah ketika berkenan berangkat ke majlis persandingan tersebut .
YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min, YAM Pengiran Muda Omar Ali semasa hadir di majlis persandingan tersebut.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah; YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah dan Pengiran Elina Zuraidah serta YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min berkenan menadahkan tangan semasa doa dibacakan.