Oleh Hajah Saemah Kepli di Nanning, China
NANNING, 11 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke Pavilion Komoditi Negara Brunei Darussalam bagi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14 yang akan dilancarkan esok di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC), Republik Rakyat China.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Baginda Sultan dijunjung oleh Naib Gabenor Pertama Wilayah Otonomi Guangxi Zhuang, Lan Tianli.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)