Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ziarahi jenazah

    Oleh Pg Fairol RMF

    Gambar Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha petang tadi berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Hawa binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Baitul Athirah, kediaman Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah di Jalan Gadong.

    Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Turut berangkat ialah paduka-paduka adinda, paduka-paduka anakanda Baginda Sultan dan kerabat diraja yang lain.

    Sembahyang jenazah diimamkan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    pg01_170128_a

    Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah serta YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan berangkat menziarahi jenazah di Baitul Athirah, Jalan Gadong.

    Page 3 e1_280117

    Baginda Raja Isteri dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta paduka-paduka anakanda KDYMM berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Hawa.
    Baginda Raja Isteri dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta paduka-paduka anakanda KDYMM berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Hawa.

    Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Hawa kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada usia 84 tahun.

    Semasa hayatnya Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Hawa dikurniakan bintang kebesaran dan pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia (SMB) Darjah Ketiga dan Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (PHBS).

    Jenazah Allahyarhamah disemadikan di Kubah Makam Diraja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda