Berkenan hadiri Mesyuarat Jawatankuasa SEAGF

DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ketika membuat lawatan di Perkampungan Sukan Atlet. – Gambar oleh Infofoto

CLARK, REPUBLIK FILIPINA, 29 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) yang juga selaku Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa SEAGF di Hotel Quest, Clark, Pampanga, di sini.