Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Berkenan Hadiri Sesi Pemilihan Skuad Bola Jaring Kebangsaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Bagi memantapkan lagi persediaan pemain-pemain Persatuan Bola Jaring Negara Brunei Darussalam (BNA) untuk Kejohanan Bola Jaring Asia ke-12 yang akan berlangsung di Singapura, BNA telah mengadakan pemilihan skuad bola jaring kebangsaan bagi perlawanan tersebut bertempat di Sekolah Sukan kelmarin.

    Berkenan berangkat pada sesi pemilihan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, selaku ahli panel.

    Pendaftaran bagi pemilihan kali ini telah dibuka secara dalam talian selama lima hari dan sebanyak 100 penyertaan telah diterima di mana seramai 31 orang peserta  menepati syarat untuk menyertai pemilihan tersebut. Proses penapisan pemilihan telah dibuat berdasarkan pemain-pemain yang pernah menyertai Liga Bola Jaring Brunei 2021, Kejohanan Bola Jaring ASEAN (ANC), Kejohanan Bola Jaring Remaja ASEAN (AYNC), Sukan SEA dan National Pool yang mana merupakan syarat utama untuk menyertai pemilihan yang diadakan pada kali ini.

    Tujuan utama BNA mengadakan pemilihan ini antara lain ialah untuk mencari pemain-pemain yang akan dipilih menjadi 20 pemain National Pool. Sementara itu, pemain-pemain yang berjaya dalam pemilihan akan diumumkan esok. Para peserta turut diingatkan untuk mengikuti semua garis panduan dan SOP yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan sebelum bermulanya sesi pemilihan.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah ketika berkenan bergambar ramai bersama peserta semasa sesi pemilihan bagi Kejohanan Bola Jaring Asia ke-12 kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...