Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Berkenan ke Istiadat Perkahwinan Diraja di Jordan

    AMMAN, JORDAN, 2 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Menandatangani Dokumen Perkahwinan dan Akad Nikah Diraja; serta Majlis Resepsi dan Santap Malam sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi His Royal Highness Prince Al Hussein bin Abdullah II, Putera Mahkota Jordan dengan Miss Rajwa Khalid Alseif.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenaan berangkat ke Majlis Menandatangani Dokumen Perkahwinan dan Akad Nikah Diraja; serta Majlis Resepsi dan Santap Malam sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi His Royal Highness Prince Al Hussein bin Abdullah II, Putera Mahkota Jordan dengan Miss Rajwa Khalid Alseif.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...