Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Berkenan ke Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan ke-76

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-76, di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-76, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Terdahulu majlis telah dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib, diikuti dengan sembahyang sunat Hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang diimamkan dan dipimpin oleh Pegawai Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

    Sementara itu, Doa Kesyukuran pula dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan sebelum diteruskan dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

    Selain tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, tumpuan bagi acara keagamaan itu juga diadakan di masjid-masjid utama seluruh negara.

    Di Daerah Brunei dan Muara, masjid tumpuan adalah di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Negara Lambak Kanan.

    Di Daerah Belait, tempat tumpuan ialah Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Perpindahan Kampung Pandan, Kuala Belait; dan Masjid Pekan Seria.

    Manakala itu, di Daerah Tutong diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong; dan Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ber-kenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-76 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, malam tadi. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan sama-sama menunaikan sembahyang berjemaah.
    Yang Berhormat Mufti Kerajaan memimpin bacaan Doa Kesyukuran pada majlis berkenaan. Turut hadir pada majlis itu ialah menteri-menteri kabinet.
    Antara pembesar negara, perwakilan luar negara dan orang ramai yang turut hadir pada majlis berkenaan.
    Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajmin bin Haji Meludin bersama antara yang hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...