Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Berkenan ke majlis perpisahan anggota 2RGR

    Oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Infofoto & Daniel Lim

    BELAIT, 14 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke majlis perpisahan bagi 650 orang anggota tentera dan ahli keluarga dari Batalion ke-2, Royal Gurkha Rifles (2RGR) di pangkalan mereka di Tuker Lines, Seria, hari ini.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Medicina Line, British Garrison Brunei, telah dijunjung oleh Pemerintah British Forces Brunei (BFB), Leftenan Kolonel Andrew Todd MBE sebelum berkenan berangkat ke Tuker Lines.

    Sejurus keberangkatan tiba di Tuker Lines, Baginda Sultan dijunjung dengan kawalan kehormatan 2RGR sebelum menandatangani lembaran keberangkatan dan mendengar sembah penerangan mengenai operasi-operasi semasa yang dijalankan di Tuker Lines dan British Garrison Brunei.

    Turut hadir semasa keberangkatan berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan berangkat ke kawasan lapang berdekatan Tuker Lines di mana sejumlah kecil anggota tentera yang dipimpin oleh ketua jabatan dari setiap kompeni 2RGR dan BFB berada di petak masing-masing bagi
    menjunjung keberangkatan Baginda Sultan.

    Semasa keberangkatan tersebut, setiap ketua jabatan menyembahkan peranan kompeni masing-masing serta menyembah kenalkan beberapa anggota tentera dan ahli keluarga mereka yang masih berada di Brunei, kerana kebanyakannya telah kembali ke United Kingdom.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Primary Care Medical Facility (PCMF), British Garrison Brunei bersama pegawai perubatan Leftenan Kolonel Christopher Trow yang menjunjung keberangkatan Baginda Sultan dan memberikan sembah penerangan mengenai PCMF serta peranannya dalam menyokong pegawai dan kakitangan British Garrison Brunei.

    Selain itu, pelajar-pelajar Sekolah Hornbill turut hadir di mana Ketua Guru, Craig Gill menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi beramah mesra bersama pelajar-pelajar yang teruja untuk bertemu raja yang amat dikasihi.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis perpisahan bagi 650 orang anggota tentera dan ahli keluarga dari Batalion ke-2 Royal Gurkha Rifles (2RGR) di Tuker Lines, Seria, kelmarin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai semasa keberangkatan di kawasan lapang dekat Tuker Lines.
    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Tuker Lines dijunjung dengan kawalan kehormatan.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pelajar-pelajar Sekolah Hornbill yang turut hadir.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan disembah kenalkan kepada anggota 2RGR bersama keluarga mereka yang hadir.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mendengarkan sembah penerangan mengenai BFB.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan senjata yang turut dipamerkan.
    Antara anggota 2RGR dan keluarga mereka yang hadir.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...