Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Berkenan ke majlis sambutan Hari Puja Usia

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan ke majlis Ulang Tahun Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri yang dianjurkan Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu, hari ini.

    Berangkat sama pada majlis yang diadakan di Royal Berkshire, Jerudong Park and Polo Club, Jerudong ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Keberangkatan Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Pengerusi II Kumpulan, Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi yang merupakan isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama; Setiausaha Kumpulan, Datin Dr Hajah Noraslina binti Haji Ramlee, isteri Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan isteri menteri-menteri kabinet yang lain.

    Atur cara majlis dimulakan dengan sembah alu-aluan oleh Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi selaku pengerusi majlis, yang antara lain menyembahkan bahawa sambutan puja usia Baginda Raja Isteri pada tahun ini juga diserikan dengan acara-acara berkebajikan berupa Majlis Khatam Al-Quran oleh ahli-ahli kumpulan, acara sembahyang Sunat Hajat dan Doa Selamat serta kesyukuran.

    Baginda Raja Isteri seterusnya telah berkenan memotong kek Hari Puja Usia dan menerima pesambah daripada ahli-ahli kumpulan.

    Majlis diikuti dengan santap petang sambil menyaksikan persembahan daripada ahli-ahli kumpulan tersebut.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan memotong kek sempena Majlis Ulang Tahun Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri yang dianjurkan oleh Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu pada majlis yang berlangsung di Royal Berkshire, Jerudong Park and Polo Club, Jerudong, kelmarin. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan dijunjung bergambar ramai.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima pesambah daripada ahli kumpulan.
    Baginda Raja Isteri, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam semasa berkenan berangkat ke majlis santap petang.
    Ahli-ahli kumpulan ketika menyembahkan persembahan. – Gambar Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...