Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

Berkenan ke Majlis Sambutan Maulud Nabi

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi tahun 1444 Hijrah di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara tahun 1444 Hijrah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi sambutan yang lain.

Majlis telah diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban, tembakan meriam sebanyak 21 das, ceramah khas dan persembahan selawat oleh penuntut-penuntut Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW juga diadakan secara serentak di daerah-daerah lain.

Tema bagi sambutan tahun ini ialah ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Meraih Syafaat Rasulullah SAW’.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi tahun 1444 Hijrah di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Infofoto.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan berangkat ke majlis sambutan berkenaan.
Majlis turut diserikan dengan 21 das tembakan meriam.
Antara yang hadir pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Sabtu lalu.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -