Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Berkenan ke Majlis Santap negara

    Gambar oleh Bahyiah Bakir & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, malam ini, berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith dan isteri, Naly Sisoulith serta rombongan yang mengadakan Lawatan Negara selama tiga hari ke negara ini.

    Berangkat sama ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
    Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.

    Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Pu-teri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Juga hadir semasa majlis itu ialah rombongan Republik Demokratik Rakyat Laos termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar, TYT Saleumxay Kommasith dan isteri.

    Majlis Santap Negara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Baginda Sultan seterusnya berkenan mengurniakan titah dan diikuti ucapan balas daripada Tuan Yang Terutama.

    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan TYT Thongloun Sisoulith dan isteri, Naly Sisoulith.

    Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.
    ATAS & BAWAH: YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...