Berkenan kurnia bintang-bintang kebesaran negara

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-72 Tahun, di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Istiadat tersebut bermula dengan pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan pengurniaan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 24 orang penerima.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Turut hadir pada istiadat tersebut ialah tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang sebelumnya mengadap Baginda antaranya Ketua Menteri Sabah, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal dan isteri; Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II Sarawak, TYT Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan selaku wakil Ketua Menteri Sarawak; Secretary of Finance, Republik Filipina, TYT Carlos Garcia Domingues III dan isteri; Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Republik Indonesia, TYT Dr. H. Wiranto dan isteri; Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga dan Menteri bagi Pembangunan Negara Kedua, Republik Singapura, TYT Desmond Lee dan isteri; Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan dan isteri; dan Panglima Tentera Nasional Indonesia, Marsekal TNI Hadi Tjahjanto dan isteri.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Bintang Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Bintang Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) kepada Jeneral Dato Paduka Seri Thanchaiyan Srisuwan.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, TYT Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud dan Isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Tai.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama Marsekal TNI Dato Paduka Seri Hadi Tjahjanto dan isteri serta rombongan.

Berangkat dan hadir pada istiadat itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, Pengiran-Pengiran Peranakan, ahli-ahli Majlis Mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, manteri-manteri pendalaman, para perwakilan negara sahabat, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 24 orang penerima, mula-mula kepada penerima Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka Seri’ kepada tiga orang penerima iaitu Marsekal TNI Hadi Tjahjanto; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Jeneral Thanchaiyan Srisuwan.

Baginda Sultan kemudiannya berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Pahlawan’ kepada dua orang penerima iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali; dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Haji Lampoh.

Seterusnya diikuti dengan pengurniaan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Setia’ kepada seramai lapan orang menteri, iaitu Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Mohammad Isham bin Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Ghafar; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hamzah bin Sulaiman; dan Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

Menteri-menteri kabinet yang dikurniakan bintang-bintang kebesaran bergambar ramai bersama isteri masing-masing pada majlis tersebut.
Antara penerima bintang-bintang kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM ke-72 tahun.

Sementara itu, lima orang lagi dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Paduka’ iaitu kepada Yang Amat Arif John Barry Mortimer (2017); Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Dato Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Hajah Elinda bin Haji C.A. Mohamed; dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengurniaan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Laila Jasa’ kepada Yang Arif James Kerr Findlay (2017).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka’ kepada seramai tiga orang penerima iaitu Penolong Pesuruhjaya Polis, Pengiran Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid; Penolong Pesuruhjaya Polis, Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad; dan Pengiran Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar.

Manakala dua orang penerima telah dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.), iaitu Penguasa Kanan Polis, Awang Husaini bin Haji Matzin; dan Penguasa Kanan Polis, Haji Zaini bin Haji Abdul Rahim.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.