Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Berkenan kurnia bintang Kebesaran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 266 penerima sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-76 tahun, di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman, hari ini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (SNB) kepada Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

    Baginda Sultan juga berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) kepada seramai 50 orang penerima yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan sektor swasta.

    Sementara itu, enam orang penerima dikurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (SUB).

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan mengurniakan Darjah Setia
    Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (PSB) kepada 187 orang penerima. Selain daripada berkhidmat dengan sektor kerajaan, para penerima juga termasuk dari sektor swasta.

    Selain itu, Baginda Sultan juga berkenan mengurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kelima (PUB) kepada 22 orang penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis dihadiri oleh Pengiran-pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli
    Majlis-majlis Mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri hulubalang, duta-duta dan pesuruhjaya tinggi,
    setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta ketua-ketua jabatan
    kerajaan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke majlis pengurniaan bintang-bintang kebesaran di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada antara penerima sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-76 tahun di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman.- Gambar oleh Muiz Matdani

    ATAS & BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada beberapa orang penerima.

    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada beberapa orang penerima.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah semasa berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan berangkat sama ke majlis tersebut.
    ATAS & BAWAH: Antara yang menerima bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-76 di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...