Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Berkenan kurnia bintang Kebesaran Kepada 23 penerima

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-76 Tahun di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.

    Hadir sama ialah tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia antaranya Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong dan isteri, Puan Lee Ho Ching; Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib bin Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib; Panglima Angkatan Tentera Malaysia Mejar Tan Sri Dato Seri Haji Affendi bin Buang dan isteri; Pemerintah Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Dato Paduka Seri Mohammad Andika Perkasa dan isteri serta mantan Setiausaha Jabatan Kewangan Filipina, Carlos Garcia Domin-guez III dan isteri.

    Istiadat bermula dengan pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia diikuti dengan pengurniaan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 23 orang penerima.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja berangkat meninggalkan Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama kepada Jeneral Dato Paduka Seri Mohammad Andika Perkasa, Mejar Tan Sri Dato Paduka Seri Haji Affendi dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi. – Gambar serahan Kedutaan Indonesia di Brunei Darussalam
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Berbahagia Darjah Pertama kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama kepada Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Pengiran Shamhary dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama kepada Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad, Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza dan Dato Seri Paduka Haji Sufian.
    Baginda Sultan berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama kepada Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Saifulrizal dan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama kepada Dato Seri Paduka Haji Khairuddin, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina dan Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berangkat tiba di Balai Singgahsana Indera Buana bersama TYT Lee Hsien Loong.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa berkenan berangkat ke majlis tersebut. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berserta YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berserta YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke istiadat tersebut. – Gambar oleh Infofoto
    YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah; YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min; YAM Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah; YAM Pengiran Muda Omar Ali; dan YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah turut hadir pada istiadat berkenaan.
    TYT Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib dan isteri turut dijemput ke istiadat berkenaan.

    Pengurniaaan pingat didahului dengan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang
    Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (DPKT) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri kepada tiga penerima iaitu Yang Terhormat Jeneral TNI Mohammad Andika Perkasa, Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Haji Affendi, dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi.

    Seterusnya, Baginda berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (PSPNB) yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan kepada tiga orang penerima iaitu Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Awang Sulaiman bin Alidin; Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Awang Saifulrizal bin Abdul Latif; dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin.

    Baginda Sultan kemudian berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (PSNB) yang membawa gelaran Dato Seri Setia kepada enam orang penerima iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Sementara itu, Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (SPMB) yang membawa gelaran Dato Seri Paduka dikurniakan kepada enam orang penerima iaitu Peguam Negara, Yang Berhormat Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (DSSUB) yang membawa gelaran Dato Seri Setia dikurniakan kepada Penolong Mufti Ifta, Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah.  

    Darjah Seri Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (DPMB) yang membawa gelaran Datin Paduka pula dikurniakan kepada Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, dan Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Hajah Anifa Rafiza binti Haji Abdul Ghani. 

    Pingat Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga  (SSUB) pula dikurniakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Haji Muhammad Bahrin bin Haji Alias.

    Manakala itu, Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (SNB) dikurniakan kepada Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohd Taib.

    Istiadat diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...