Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Berkenan kurnia, terima surat watikah pelantikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang hari ini berkenan mengurniakan surat watikah pelantikan kepada duta besar istimewa dan mutlak Negara Brunei Darussalam yang baharu dan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada ketua-ketua perwakilan ke Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik di Istana Nurul Iman.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan surat watikah pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B. Montero; Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Jeanette Stovel; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Vladimir Borisovich Goncharenko; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Eiji Yamamoto dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Abdul Aziz Tariq. Selepas majlis mengurniakan surat watikah pelantikan dan majlis menyembahkan surat-surat tauliah pelantikan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China; dan ketua-ketua perwakilan yang baharu dilantik.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd Taha; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, PYT Jeanette Stovel.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan surat watikah pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China, TYT Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan berkenan menerima surat tauliah pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Vladimir Borisovich Goncharenko.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan berkenan menerima surat tauliah pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, TYT Eiji Yamamoto.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...