Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Berkenan kurnia, terima surat watikah pelantikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan mengurniakan surat-surat watikah pelantikan kepada ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada ketua-ketua perwakilan asing ke Negara
    Brunei Darussalam yang baharu.

    Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula mengurniakan surat-surat watikah pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Sosialis Vietnam, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Hajah Rakiah binti Haji Abdul Lamit@Hamid; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Pengiran Muhammad Husaini
    bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia, Tuan Yang Terutama Garry Ramlee bin Ibrahim; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Pengiran Salimin bin Pengiran Mohd Daud.

    Baginda Sultan seterusnya berkenan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai; Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani; dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie.

    Selepas majlis-majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin.- Gambar oleh Infofoto
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan surat watikah pelantikan kepada TYT Pengiran Muhammad Husaini.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan surat watikah pelantikan kepada PYT Datin Paduka Malai Hajah Halimah.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima surat tauliah pelantikan daripada PYT Ambra Dickie.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima surat tauliah pelantikan daripada TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima surat tauliah pelantikan daripada PYT Boosara Kanchanalai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...