Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Berkenan lantik pemerintah ABDB baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi, berkenan mengurniakan lencana pangkat mejar jeneral kepada Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan serta berkenan melantik beliau sebagai pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-12.

    Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan mantan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

    Turut hadir ialah pemangku setiausaha tetap Kementerian Pertahanan; pemerintah-pemerintah angkatan tentera; pemerintah angkatan bersama dan timbalan-timbalan setiausaha tetap Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga pemerintah ABDB yang baharu.

    Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi, sebelum ini memegang beberapa jawatan penting termasuk pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang ke-11 bermula 30 Julai 2020 hingga 28 Februari 2022; komandan Akademi Pertahanan ABDB dari tahun 2019 hingga 2020; komandan Institut Latihan ABDB pada tahun 2018 dan timbalan pemerintah TDDB dari tahun 2014 hingga 2017.

    Pada majlis tersebut, Doa Selamat telah dibacakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan arah Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.

    Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap mantan pemerintah dan pemerintah ABDB yang baru dilantik.

    Selepas majlis mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan Perbincangan Tertutup bersama Pegawai-pegawai Terkanan Kementerian Pertahanan dan Komander-Komander ABDB.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan lencana pangkat Mejar Jeneral kepada Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan serta melantik beliau sebagai pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-12. Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bergambar ramai semasa Majlis Pengurniaan Pangkat dan Pelantikan Pemerintah ABDB bagi Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi. – Gambar oleh Infofoto

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...