Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Berkenan lawat PKWE Daerah Tutong

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Bahiyah Bakir & Muiz Matdani

    TUTONG, 7 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah berkenan berangkat bagi melawat Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong yang terletak di Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Jalan Bukit Bendera.

    Hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohammad.

    Turut hadir di pusat berkenaan ialah Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

    Ditubuhkan pada 10 Julai 2017, PKWE Daerah Tutong mempunyai seramai 362 orang ahli yang berdaftar daripada kalangan warga emas yang berumur 55 tahun ke atas.

    Bangunan PKWE Daerah Tutong yang disumbangkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin merupakan pusat warga emas bagi menjalankan pelbagai kegiatan dan program.

    Semasa kunjungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke pusat tersebut, Baginda berkesempatan menyaksikan beberapa pameran kegiatan pusat tersebut dan pertunjukan memasak oleh ahli-ahli PKWE di samping beramah mesra bersama para ahli.

    Pengurus PKWE Daerah Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin ketika ditemui mengongsikan mengenai program-program yang dilaksanakan di pusat tersebut seperti program keugamaan termasuk ceramah dan tazkirah agama, kelas mengaji dan menghalusi bacaan Al-Quran, kelas Dikir Syarafil Annam dan yang seumpamanya.

    Turut diadakan adalah program pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi latihan vokasional seperti kelas jahitan, kraf tangan, memasak, hiasan dalaman selain pengenalan asas teknologi informasi dan komunikasi di samping program kesihatan, program sosial dan rekreasi dan program keusahawanan, tambahnya.

    Salah seorang ahli PKWE Daerah Tutong, Hajah Mastuyah binti Abdul Ghani melahirkan perasaan teruja dan gembira menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke pusat tersebut buat pertama kalinya.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan mengadakan lawatan ke PKWE Daerah Tutong, kelmarin.
    Baginda Sultan semasa berkenan menyaksikan aktiviti yang dijalankan di PKWE Daerah Tutong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...