Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Berkenan lawat PTET dan SMSO

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET).

    Menjunjung keberangkatan tiba Baginda di PTET ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan Pengetua PTET, Hajah Murni binti Abdullah.

    Semasa lawatan tersebut, Baginda berkesempatan melawat beberapa tempat di sekolah tersebut seterusnya berkenan menyaksikan pameran yang disembahkan oleh para pelajar dan beramah mesra bersama para pelajar dan warga PTET. 

    Timbalan Pengetua Pentadbiran PTET, Awang Mohd Shahnofazli bin Haji Sabli semasa ditemui pihak media antara lain menzahirkan perasaan teruja kerana PTET telah menjadi tempat penyerahan skim penggeranan tanah-tanah lesen tumpang sementara bagi

    Daerah Tutong dan Daerah Belait serta penyerahan anak-anak kunci rumah teres di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang bagi Daerah Tutong.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama beberapa orang pelajar lelaki PTET.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut berkenan mengadakan lawatan tidak berjadual ke SMSO, Tutong. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan beramah mesra bersama pelajar semasa lawatan di PTET.

    Beliau mengongsikan, pada masa ini, seramai 279 orang pelajar menuntut di sekolah berkenaan dengan 117 pelajar dalam Tingkatan Enam Atas dan 162 bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam Bawah, dengan 50 orang tenaga pengajar yang dibantu oleh 24 orang kakitangan.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan mengadakan lawatan tidak berjadual ke Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman (SMSO), Tutong.

    Sekolah berkenaan mula beroperasi pada 9 Mei 1994 dan dinamakan Sekolah Menengah Bukit Beruang Tutong dan pada 30 Julai 1996, Sekolah Menengah Bukit Beruang dengan rasmi telah diubah nama menjadi Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman.

    Pada 18 Mac 2002, sekolah berkenaan telah diamanahkan untuk menawarkan pengajian di peringkat lanjutan bagi pelajar Tingkatan Enam Daerah Tutong sehingga Disember 2011. 

    Bermula 2012 sehingga sekarang, SMSO hanya menawarkan pengajian bagi pelajar Tahun 7 hingga 11 termasuk pelajar berkeperluan khas.

    Pada masa ini, sekolah berkenaan mempunyai seramai 681 orang pelajar yang terdiri daripada 361 orang pelajar lelaki dan 320 orang pelajar perempuan, dengan 77 orang guru dan 20 orang kakitangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...