Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ouk Chandara yang akan menamatkan perkhidmatannya pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2016.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap TYT Ouk Chandara yang akan menamatkan perkhidmatannya pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan. – Gambar oleh Infofoto