Berkenan menerima mengadap

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap dua duta asing yang akan menamatkan perkhidmatan mereka pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato yang telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 10 Ogos 2017.

Baginda kemudiannya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, TYT Ouk Chandara yang telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 25 Oktober 2016.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap perpisahan bagi duta besar istimewa dan mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap perpisahan bagi duta besar istimewa dan mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam.