Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen.

Menyertai Tuan Yang Terutama pada majlis mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam; TYT Lim Hong Huai dan Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan Singapura, Teo Eng Dih,

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

TYT Dr Ng Eng Hen dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 November dan telah menyaksikan Eksesais PELICAN antara tentera laut bagi kedua-dua buah negara yang pada tahun ini telah mencapai 40 tahun sejak ia mula diadakan.

Pencapaian eksesais tersebut mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara secara berterusan.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berkenan menerima
mengadap TYT Dr Ng Eng Hen. – Gambar oleh Infofoto