Berkenan menerima mengadap

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan menerima mengadap perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, isteri ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan dan yang baharu dilantik dan ketua-ketua perwakilan serta isteri ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik pada majlis mengadap secara berasingan di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Chintana Vongpaseuth dan Setiausaha Kedua, Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam, Jo Mcintosh.

Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Xanthe Lindsay; isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Maria Renee Juan-Wolff dan isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Pham Thi Minh Diep.

Sejurus selepas itu, Baginda Raja Isteri turut berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Tahir; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland, PYT Dayangku Hajah Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN Sekretariat di Jakarta, Republik Indonesia, PYT Pengiran Hairani binti Pengiran Haji Tajuddin; isteri Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire, Pengiran Datin Noralam binti Pengiran Haji Kahar dan isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar, Dayang Noorafzah Khatijah binti Dato Paduka Haji Ahmad.

KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, PYT Nicola Rosenblum pada majlis mengadap berasingan bagi perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, isteri ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan dan yang baharu dilantik serta ketua-ketua perwakilan dan isteri ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri duta besar istimewa dan mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Pham Thi Minh Diep.
Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima mengadap isteri pesuruhjaya tinggi British ke Negara Brunei Darussalam.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri duta besar istimewa dan mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Maria Renee Juan-Wolff.
KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan menerima mengadap PYT Pengiran Hajah Krtini, PYT Dayangku Hajah Mazlizah, PYT Pengiran Hairani, Pengiran Datin Noralam dan Dayang Noorafzah Khatijah.