Berkenan menerima mengadap

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi, berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2017. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Natalie Gowers-Barnes.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam TYT Peter Hermann Wolff.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga pada 10 Ogos 2017.

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum.

Puan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 25 Oktober 2016.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap salah seorang daripada ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan iaitu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, PYT Nicola Rosenblum pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan. – Gambar oleh Infofoto
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap perpisahan bagi TYT Peter Hermann Wolff.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap perpisahan bagi TYT Richard Lindsay.