Berkenan menerima mengadap

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, hari ini, berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain yang akan menamatkan perkhidmatan, pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengucapkan penghargaan peribadi kepada Tuan Yang Terutama atas sumbangannya dalam hubungan persahabatan yang dikongsi antara Bangladesh dan Brunei Darussalam. – Gambar oleh Muiz Matdani