Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos, Saleumxay Kommasith, yang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan rasmi, di Istana Nurul Iman.

    Semasa majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Saleumxay telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Laos serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Amphay Kindavong.

    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos dan isteri.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos dan isteri.

    Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos, Alouny Kommasith.

    Hadir sama ialah isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Phimpa Kindavong dan isteri Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng, Datin Paduka Tan Bee Yong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda